BBN3402Satu2019: Minggu 7




NAMA: MIOR MOHD FIRDAUS BIN MIOR MOHD FADZLI
NO. MATRIK: 194489


Cerita Prof


Assalamualaikum, hari ini saya akan menceritakan kisah tentang Profesor saya. Profesor saya menceritakan tentang bagaimana beliau menyambung PHD di luar negara. Beliau menyatakan bahawa beliau telah bertukar Pensyarah sebanyak tiga kali untuk melakukan PHD. Pensyarah beliau yang pertama, tidak sam dengan jurusan yang beliau ambil. Tambahan beliau, pensyarahnya suka bercakap sendiri dan beliau takut akan keadaan itu. Beliau juga dengan pensyarah yang kedua, kali ini pensyarah beliau pulang ke Malaysia sebab kerja. Pensyarah yang ketiga, merupakan pensyarah yang beliau bersama sehingga beliau mendapatkan PHD. Profesor saya turut menceritakan bahawa beliau merupakan seorang yang anti-sosial. Beliau tidak gemar untuk bercakap secara sewenang-wenangnya. Beliau turut menyentuh bagaimana zaman beliau bersekolah, di mana beliau tidak mempunyai sebarang buah hati kerana beliau mempunyai ibu bapa yang garang serta peribadi beliau yang tidak suka untuk membuang masa. Beliau turut menceritakan bagaimana beliau boleh terlupa akan nama rakan beliau ketika beliau pergi ke sebuah kenduri perkahwinan. Beliau disapa oleh seseorang dan beliau berhati-hati memilih perkataan agar orang yang bertanya itu tidak terasa hati. Hal ini kerana orang itu bercerita pada zaman mereka kecil dan professor saya tidak dapat mengenal siapa gerangan orang yang bercakap pada ketika itu. Beliau juga selalu memikirkan tentang bagaimana beliau boleh menghabiskan masa bercakap sehari suntuk dengan pensyarah lain. Ketika pulang, beliau selalu akan bertanyakan pada diri sendiri tentang apa yang selalu diperkatakan ketika perbincangan itu. Saya rasa setakat ini sahaja cerita saya untuk kali ini.



        RUMUSAN BAB TIGA

Mior Mohd Fadzli bin Mior Mohd Fadzli
194489

Bab tiga buku kajian wacana dan strategi komunikasi teori dan aplikasi ini mengisahkan tentang seorang budak kelainan upaya (OKU). Dalam bab ini, menceritakan tentang bagaimana Alim menjalani kehidupan bersama keluaraga. Dari muka surat 19, pembaca dapat melihat lagu-lagu yang mengandungi nilai-nilai sosial yang boleh diterapkan dalam kalangan kanak-kanak. Perkara ini dilihat bagus kerana setiap lagu mempunyai tajuk yang berkait rapat dengan kanak-kanak ini. Bermula dengan lagu keluarga, saya yang istimewa, diri, saya faham dan saya tahu.

Seterusnya, dalam bab ini juga terdapat cerita sosial yang bertajuk keluarga saya, saya yang istimewa, nenek dan datuk, hati dan jiran. Cerita-cerita di dalam bab ini dapat menyedarkan saya tentang situasi Alim yang merupakan seorang autism. Saya tertarik dengan cerita yang kedua iaitu cerita tentang saya yang istimewa. Di situ, saya dapat melihat Alim menunjukkan kepada kita bahawa setiap insan itu mempunyai hati yang mulia. Walaupun dalam keadaan tersebut, Alim sentiasa mengingati jiran mereka. Alim sentiasa berbuat baik dengan jiran mereka. Hal ini membuktikan bahawa anak-anak autism ini mempunyai hati yang baik. Cerita-cerita yang terdapat dalam bab ini, bukan sahaja dapat dijadikan kajian malah cerita-cerita ini boleh ditunjukkan kepada masyarakat luar agar mereka lebih mengenali bagaimana seseorang yang menghidap autism itu berkelakuan. Dengan cara ini, masyarakat kita akan lebih prihatin dengan orang-orang yang menghidap masalah autism ini.
     
Dalam bab ini juga, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bait-bait lagu seperti yang saya tuliskan di perenggan pertama. Setiap lagu mempunyai maksud-maksud yang tersendiri untuk dijadikan pedoman bukan sahaja untuk mereka yang mempunyai autism malah mereka yang normal juga boleh terhibur dengan lagu yang ada di dalam bab ini. Seperti lagu keluarga yang menfokuskan latar di dalam rumah yang mempunyai ibu dan bapa. Malah turut terdapat ahli keluarga yang lain seperti abang dan kakak. Selain itu, cerita yang berjudul saya yang istimewa pula mengadungi tiga situasi emosi yang membolehkan cerita ini nampak hidup. Perasaan gembira, puas hati serta sedih menjadi ramuan kepada cerita ini.
      
Lagu berserta cerita yang dipaparkan di dalam bab ini mempunyai kaitan dengan kajian-kajian yang dilakukan terhadap budak-budak yang menpunyai autism. Masyarakat pada hari ini mungkin sudah tahu tentang penyakit autism namun mereka tidak tahu bagaiman seseorang yang menghidap penyakit autism ini boleh bertindak. Bagaimana cara mereka bercakap, bagaimana cara mereka meluahkan perasaan. Di dalam bab ini, sedikit sebanyak penulis dapat membayangkan situasi-situasi yang dihadapi oleh pesakit autism ini. Mungkin dari segi luaran kita tidak dapat meneka bahawa seseorang itu mempunyai penyakit tersebut. Namun, dengan adanya pemeriksaan di hospital sesorang itu boleh disahkan menghidap autism atau tidak.

Cerita serta lagu yang dipaparkan di dalam bab ini, banyak menceritakan tentang Alim yang menjadi watak utama. Disusuli dengan watak sampingan seperti ibu, ayah, abang dan lain-lain lagi. Cerita dan lagu yang ada menunjukkan sisi seorang autism yang tidak kita ketahui. Mereka ini dikategorikan sebagai yang istimewa. Membaca kisah-kisah ini mampu membuka mata semua pihak. Autism merupakan penyakit yang misteri. Pesakit biasanya akan dijaga oleh ibu bapa mereka. Buku ini bagus untuk masyarakat untuk mengetahui bagaimana kondisi seseorang yang menghidap penyakit autism itu berfikir serta boleh bertindak.
                                                (500 patah perkataan)



Minggu 7 Surat                                                     
                                                                                          121, Lorong 5
                                                                               Rumah Awam
                                                                                Jalan Stesyen
                                                                                     34600 Kamunting
                                                                   Perak
                                                                                     23 Oktober 2019

Kehadapan adikku yang tidak comel Salimi yang berada di rumah,
Abangmu disini sihat sahaja dan semakin gemuk,

Adik sihat? Abang ada pelbagai cerita haiwan yang ingin diceritakan kepada adik. Abang berharap adik dapat menjadikan cerita ini sebagai langkah untuk memotivasikan diri. 

MENTADAK

Kisah ini bermula apabila mentadak mentadu ini berpindah ke hutan yang baru. Mentadak mentadu ingin memulakan hidup yang baru. Mentadak pun berjalan dengan penuh semangat. Tiba-tiba mentadak dikejutkan dengan kehadiran tiga ekor haiwan lain yang turut berada di tengah jalan tersebut. Siput babi, kerengga, dan sesumpah turut berada di situ. Mereka bertiga bertanyakan sesama sendiri tentang gerangan si mentadak yang tidak pernah dilihat itu.

KERENGGA
SIPUT BABI

SESUMPAH

 “Mungkin penghuni baru hutan ini”, kata siput babi. Mereka terus menyapa si mentadak yang sedang berjalan itu. “Kamu siapa”, kata kerengga kepada mentadak. Mentadak pun menjawab “Saya penghuni baru disini”, kata mentadak. “Kenapa kamu berpindah kemari”, kata sesumpah. “Aku sebenarnya sudah tidak ada tempat tinggal”, kata mentadak. “Sebab itu aku kesini mencari tempat tinggal yang baru”, kata mentadak lagi. Janganlah kamu bersedih wahai mentadak, kami disini akan menjadi kawan kamu”, kata si siput babi.
“A strong heart will lead to a great success”, kata si kerengga. Kerengga memberitahu bahawa dia pernah kehilangan tempat tinggal juga. Siput babi dan sesumpahlah yang membantunya mendapatkan tempat tinggal yang baru. Kedua sahabat itu sentiasa memberikan kata-kata semangat dalam membina kehidupan yang baru. Kerengga pernah ingat kata-kata dari siput babi iaitu, “Failure is a booster for a greater success!”. Kini kerengga sentiasa gembira disamping siput babi dan sesumpah. Mentadak tersenyum lalu menangis kerana terharu. Mentadak kini tidak lagi keseorangan. Hutan tersebut mempunyai penghuni baru iaitu, mentadak.
Cerita abang ini untuk adik supaya adik kekal kuat dalam menghadapi penyakit leukemia yang adik hidapi. Sampai disini saja kisah abang untuk adik. Salam sayang dari abang.

Yang benar,








MIOR MOHD FIRDAUS BIN MIOR MOHD FADZLI
194489

Comments