NAMA: MIOR MOHD FIRDAUS BIN MIOR MOHD FADZLI
NO. MATRIK: 194489
DI SINI
Kelas Prof Normaliza lagi?
Saya tidak menyangka akan mengambil kelas Prof semula kerana menyangka bahawa kelas Multimedia merupakan kelas terakhir saya bersama Prof. Namun, saya mengambil kelas ini atas bantuan rakan-rakan saya. Mereka yang menolong saya untuk mendaftar subjek ini. Saya tidak dapat menghadiri kuliah 2 minggu pada awal sem kerana masalah kesihatan. Pada pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kelas ini, saya merasa terkejut kerana setiap tugasan harus disiapkan pada hari tersebut juga. Pada mulanya, saya merasa terbeban kerana saya mempunyai kelas pada pukul 4.00 petang pada waktu yang sama. Saya merasakan bahawa saya telah memilih subjek yang salah untuk semester ini. Walau bagaimanapun, cara Prof yang santai dalam kelas menyebabkan saya memilih untuk menghabiskan kelas ini sampai minggu 14. Dengan bantuan rakan-rakan serta suasana kelas yang ceria. Saya berjaya menghabiskan kelas ini dengan jayanya. Terima kasih kepada Prof Dr. Normaliza kerana berjaya mengajar saya realiti kehidupan. Tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Usaha serta doa merupakan jawapan kepada setiap kejayaan. Yang pasti kejayaan itu tidak datang begitu sahaja. Setiap insan mampu untuk berjaya asalkan mereka tidak mempunyai sifat malas. Akhir kata daripada saya, terima kasih Prof kerana memberi didikan kepada saya dan semoga sentiasa sihat serta jangan lupa untuk bercakap bahasa Korea lagi.

Comments
Post a Comment