BBN3402Satu2019: Minggu 13 (Ulasan Buku Kajian Wacana dan Stategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi)





NAMA: MIOR MOHD FIRDAUS BIN MIOR MOHD FADZLI
NO. MATRIK: 194489

ULASAN BUKU KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI: TEORI DAN APLIKASI.

Penulis: Normaliza Abd Rahim

Tahun terbit: 2019

Tempat terbit: Universiti Malaysia Terengganu 21020  Kuala Nerus Terengganu

Harga: RM20


Buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi” ini merupakan buku yang mengandungi teori serta diaplikasikan dalam bentuk penyelidikan. Penyelidikan meliputi kajian lirik lagu, cerita, ujaran dan interaksi dalam perbualan. Buku ini mengandungi dua bahagian iaitu kajian wacana dan strategi komunikasi. Kedua-dua bahagian ini berkait rapat antara satu sama lain kerana melibatkan komunikasi ujaran, interaksi, teks dan tulisan. Selain itu juga terdapat beberapa teori yang dimasukkan dalam buku ini. 

Buku ini juga mampu memberi ruang kepada penyelidik untuk memilih teori-teori dalam kajian agar lebih jelas kajian mereka. Bab 1 mengandungi pengenalan tentang kajian wacana iaitu definisi dan konsep wacana. Bab 2 pula menjelaskan tentang teori dan pendekatan wacana. Terdapat beberapa teori dan pendekatan wacana yang dibincangkan iaitu analisis wacana dan wacana kritis. Dalam dua bab awal, dapat dilihat bahawa penyelidik memasukkan pelbagai teori yang boleh diaplikasikan dalam kajian.

Bab 3 pula menganalisis tiga kajian wacana yang berkaitan dengan wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan wacana ujaran dalam kalangan kanak-kanak. Setiap kajian dianalisis menggunakan teori dan pendekatan analisis wacana yang diperkenalkan dalam buku ini. Bab 4 mengandungi pengenalan tentang strategi komunikaasi. Pengenalan meliputi kajian-kajian tentang strategi komunikasi yang berkaitan dengan ujaran dan interaksi yang menggunakan strategi komunikasi. Tambahan pula, bab 3 disediakan beberapa lagu serta cerita yang mengambarkan tentang Alim, seorang kanak-kanak istimewa. Bab 4 pula menceritakan dengan lebih terperinci tentang strategi komunikasi.

Bab 5 pula membincangkan beberapa taksonomi dan pendekatan serta huraian bagi setiap satu dipaparkan. Bab 6 mengandungi kajian strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Interaksi dan ujaran kanak-kanak dianalisis dengan menggunakan taksonomi strategi komunikasi yang terkini. Bab 7 iaitu bab akhir mengandungi cadangan kajian mengenai wacana dan strategi komunikasi. Dalam 3 bab terakhir, penyelidik menggunakan beberapa teori penyelidik dan disesuaikan dengan kajian beliau. Terdapat juga teori lain yang dinyatakan. Bab terakhir menjelaskan tentang cadangan untuk kajian-kajian lain yang boleh dilakukan pada masa hadapan.


BOOK REVIEW KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI: TEORI DAN APLIKASI.

Author: Normaliza Abd Rahim

Issue: 2019

Place in plublication: University Malaysia Terengganu 21020  Kuala Nerus Terengganu.

Price: RM20

The book "Discourse Studies and Communication Strategies: Theories and Applications" is a book that contains theory and is applied in the form of research. The research includes the study of song lyrics, stories, utterances and interactions in the conversation. This book contains two sections, namely discourse analysis and communication strategies. These two parts are closely related to each other as they involve verbal communication, interaction, text and writing. In addition there are some theories included in this book.

This book also provides the opportunity for researchers to select theories in their study to make their research more understandable. Chapter 1 contains introduction to discourse study which is the definition and concept of discourse. Chapter 2 explains the theory and approach of discourse. There are a number of discourse theories and approaches that are discussed, namely discourse analysis and critical discourse. In the first and two chapters, it can be seen that the researchers include a variety of theories that can be applied to the study.

Chapter 3 analyzes three discourse studies related to the textual discourse of song lyrics, the textual discourse of social stories and speech discourse among children. Each study was analyzed using the theory and approach of discourse analysis introduced in this book. Chapter 4 contains an introduction to communication strategies. Introduction includes studies on speech-related and interaction strategies using communication strategies. In addition, chapter 3 provides some songs and stories that tell of Alim who is a special child. Chapter 4 tells us more about communication strategies.

Chapter 5 discusses some of the taxonomy and approaches and descriptions of each one presented. Chapter 6 contains a study of communication strategies among children. Children's interactions and expressions were analyzed using the latest taxonomic communication strategies. Chapter 7 is the final chapter of the study on discourse and communication strategies. In the last 3 chapters, the researcher applied several researcher theories and adapted them to his research. There are other theories outlined. The last chapter outlines suggestions for other studies that could be done in the future.





Comments